Pelan Hibah

PRUBSN WARISAN merupakan Pelan Hibah yang unik khas untuk individu yang ingin mewariskan sejumlah harta atau wang kepada insan tersayang sekiranya beliau sudah tiada di dunia ini lagi.

  • Direka khas untuk memberikan perlindungan kewangan kepada komitmen kewangan individu sebagai contoh pelaburan, hutang.
  • Lebih fokus kepada perlindungan kewangan akibat kematian, lumpuh kekal keseluruhan, kemalangan (meninggal dunia atau kecacatan kekal) dan juga sakit kritikal.
  • Terdapat satu benefit unik iaitu Contributor (iaitu caruman akan menjadi percuma sekiranya pencarum disahkan mengidap sakit kritikal).
  • Pelan ini sangat sesuai untuk jadikan sebagai salah satu financial tools dalam pengurusan harta pusaka. Kerana pampasan yang akan diterima oleh penerima adalah dalam bentuk HIBAH BERSYARAT.
  • Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Hibah Bersyarat (pampasan takaful) tidak termasuk dalam harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang si mati. Jadi, ia boleh membantu dalam proses pembahagian harta pusaka khususnya membabitkan waris yang ramai.
  • Berikut adalah beberapa ciri-ciri produk dalam plan PruBSN Warisan untuk rujukan anda.

Maklumat ringkas Pelan Hibah PruBSN Warisan

Tempoh Sumbangan

5, 10, atau 20 tahun, atau Tempoh Perlindungan Penuh.

Sumbangan Minimum Bulanan

Berbeza mengikut Tempoh Sumbangan yang dipilih.

Kelayakan Umur

Umur 19 hingga 70 tahun.

Tamat Tempoh Perlindungan

70 atau 80 tahun.

Jumlah Perlindungan Minimum

RM500,000

Manfaat Matang

Baki dari Akaun Unit Perlindungan (Protection Unit Account, PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account, IUA).

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi:
a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA.

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Mana-mana yang lebih tinggi:
a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA dan sehingga umur 70 tahun sahaja.

Manfaat Penyakit Kritikal

Tidak berkaitan.

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ciri-ciri

Bina Legasi Anda dalam Bentuk Hibah
Lindungi masa depan mereka yang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang
anda juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban yang mereka tanggung.

Jumlah Perlindungan Minimum yang Tinggi
Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM500,000, kesejahteraan orang yang anda sayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang tidakdiduga berlaku.

Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan yang Tinggi
Dapatkan perlindungan setinggi RM1,500,000 dan nikmati proses aplikasi mudah tanpa pemeriksaan kesihatan*.

*Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi.

Lampiran Rider

Crisis Protector, Accidental Protector, Contributor

Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut. 

Nota Penting

Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Hibah merupakan hadiah sedekah yang besar dan hebat impaknya. InsyaAllah ia menyenangkan kehidupan penerima dan perisai kita di akhirat kelak. Mari buat Hibah Yang Hebat untuk Diri Sendiri atau/dan Untuk Yang Tersayang.

Berminat nak dapatkan? Sila isi borang di bawah.

Setelah isi borang, klik butang Whatsapp untuk maklum saya. Terima kasih.